Hari ini ibu nak tunjukkan resepi lauk kegemaran keluarga ibu. Lauk ni paling kerap di masak iaitu dua kali dalam seminggu. Resepi ori lauk singgang ini di ambil dari bonda ibu, yang masih lagi tinggal di Dungun. Kalau ibu dan keluarga balik ke rumah bonda, memang lauk inilah yang menjadi hidangan. Tambahan lagi lebih enak di makan jika adanya sambal belacan mangga muda ataupun budu tempoyak. Carilah ulam-ulaman segar dibelakang rumah. Wow betul-betul kaw!!! Selalunya Aizul dan Adli boleh tambah-tambah. Terima kasih kepada bondaku kerana mengajar ibu memasak lauk yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Kalau orang Terengganu ori memang suka sangatlah laut ni. Sekarang pun majlis kenduri kahwin dah ada di hidangkan lauk ni siap dengan ulam-ulaman dan sambal belacan lagi.
Boleh mencuba memasak lauk ini dengan mengikuti resepi di bawah:
Bahan:
3 Ketul ikan tongkol (Aye) /tenggiri
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit - dihiris nipis
5 keping asam gelugur
garam secukup rasa
1 liter air
Cili api/lada kecil
Cara Memasak:
Campurkan kesemua sekali bahan-bahan diatas dan dimasukkan kedalam periuk.
Masukkan air kosong dan jerang sehingga mendidih.
Masukkan garam dan rasa
Akhir sekali masukkan lada kecil dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.
Tips:
Kalau hendak rasa singgang yang betul-betul kaw, perlu dijerang bahan-bahan tu lebih lama @ sehingga sukatan air tinggal setengah daripada asal.
Selamat Mencuba
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
Sama lauk kita ari ni macam berjanji pula, kak Zai tak guna bawang putih dan lengkuas tapi digantikan dengan serai dan daun kunyit.
BalasPadamSalam Kak Zai,
BalasPadamNak try lah cara Kak Zai masak.....
hihihi
salam ibu
BalasPadamsinggang dengan pindang sama tak
kuahnya sama hehe
Salam Rezeki,
BalasPadamIbu agak singgang tu samalah dengan pindang, cuma panggilan je yang berbeza mengikut tempat masing2.
ibusayang..terima kasih bagi resepi..akak ..serius cakap..tak pernah masak singgang ni..asek2 cili api..nak cuba jugak lah..bolih kurangkan santan..
BalasPadamSalam Kak Erna,
BalasPadamSama2. Lepas try nanti boleh kongsi cerita pulak ya...
Aslmkm.
BalasPadamTernampak ros cantik kat blog Erna, lalu singgah ... hasil tanaman sendiri ke?
Kak G suka nasi dagang ngan kerupuk & lakse Ganu. :)
ada satu lagi yang kena war war kat semua orang....bila makan gulai singgang wajib kena ada ada budu! Baru ngam... :D
BalasPadamSalam Kak G,
BalasPadamRos tu tinggal di Cameron Highland, masa gi ari tu terus snap. Entah hidup ke mati sekarang ni. hihihi
Mekasih lah singgah kemari.Nasi dagang, kepuk lekor n laksa tu memang sedap
Salam Fa,
BalasPadamMekasih Fa, ide yang bagus, insyaAllah kalau dapat pic yg comel akak posting n3.
Salam...
BalasPadammohon izin untuk share