13 April, 2010

Sayur Lemak Telur Tebu

Salam....

Ini lauk hari sabtu lepas yang sibuk. Oleh kerana nak cepat dan senang masak je lauk ni. Kebetulan pulak sekarang ni musim tebu bertelur dengan galaknya.





Sayur Lemak Telur Tebu

Bahan-Bahan:
5 batang telur tebu

Bila di siat kulit - tinggal isi, begini rupanya



Setengah batang lobak merah - di potong dan dicelur sedikit




1 biji bawang besar - dipotong




2 ekor sotong - di hiris halus

(Boleh ganti dengan ikan @ udang)


Bahan tiada dalam gambar:
1 mangkuk santan
1 biji lada besar - di hiris
Garam secukup rasa
Cara:
Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu periuk. Panaskan api. Masak sehingga mengelegak. Bubuh garam dan rasa. Sedap di makan masa panas-panas bersama nasi putih. Telur tebu yang baru (fresh) pasti akan berbau wangi dan menyelerakan
Inilah hasilnya.


Selamat mencuba
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

4 ulasan:

  1. ibusayang..berkali akak ulang baca..memang sah.."telur tebu"..ape yang di panggil telur tebu tu..first time jumpa ayat tu..

    BalasPadam
  2. Dah berkurun kak zai tak jumpa benda ni, dulu masa mak ada selalu masak lemak putih dengan udang urmm..sedap..

    BalasPadam
  3. Kak Erna,

    Di sini di panggil telur tebu, kalau dalam bahasa buku tak pasti lah pulak. Sekarang ni memamg musim dia tengah 'menggalak'. Kalau ke pasar tu orang sini kata 'jebah' (melimpah ruah)


    Kak Zai,

    Memang betul, kalau di masak dengan udang lagi best. Lagi satu sayur ni, dia special dalam masak lemak. Kalau goreng tu boleh jugak. Kak Zai boleh try.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails