28 Februari, 2010

Bunga Melur Merah

Salam........






Pernah lihat tak bunga ni????


Ini lah bunga Melur Merah. Warna cantik....mudah berbunga... lebat tu!!!...bau harum, terutama bila waktu malam. Pokoknya rendang je...sesuai di jadikan lanskap kediaman teres dan boleh menjadi terapi dengan aromanya yang mempesonakan. Bunganya sangat mengkagumkan ciptaan Allah S.W.T




Nak tau citer....



Kan rumah ibu 'under renovation' sikit. So, masa upacara cabut menyabut dan tukar menukar atap tu...tiba-tiba terjelupok lah ia menjelma....



Selama ni elok je dia bermastautin di situ (atas atap)....tapi ibu tak tau pun, sebab tak pernah nampak. Baru hari ini ibu terperasan. Kesian kat dia. Tuan dia kata, dia beli pokok tu di Pasar minggu pagi Jumaat (Padang Astaka) beberapa tahun yang lalu. Patutlah tuan dia beria benar nak buat pegola kat situ nak menggantikan atap yang sedia ada. Barulah tuan dia sentiasa nampak dia nanti. Dapatlah menikmati bau dari jarak dekat.

Ada beberapa cara untuk kita menggunakan bunga ini:



Cara Pertama/ Ambik beberapa kuntum atau secekak atau sebanyak mana nak (bunga yang hampir nak berkembang) ..... kemudian letak dalam sejadah dan juga Mukena (Kain Telekung). Tutup sekejap...dan bila sampai masa nak solat, elok je bau dia. Barulah kuussyyyuuukkk solat tuh!!!!

Cara Kedua/ Ambik semangkuk bunga tu, kemudian letakkan mangkuk tu atas meja atau mana-mana yang di rasakan sesuai dalam rumah kita. Ruang tamu dan bilik selalunya menjadi pilihan utama. Barulah harum rumah kita ya....



Kalau nak menikmati bunga ni dari jarak dekat, silalah berkunjung ke rumah ibu...

Rasa-rasanya di taman perumahan ni, rumah ibu je yang ada pokok ni...Cess cakap besarlah pulakkk.



Tu! bunga tengah merimbun




Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Salam Maulidur Rasul

Salam....


Rasa masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada seluruh ummat muslimin dan muslimat.

Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan harapan menjadi di antara ummat yang terpilih diberi syafaat di akhirat nanti.

Semoga kita semua akan menjadi ummat yang semakin bertambah-tambah dan kekal iman dan amalnya dengan mengikuti jejak keperibadian Rasulullah SAW yang empat iaitu:

  1. Siddiq
  2. Amanah
  3. Tabligh
  4. Fatonah

Tiba-tiba teringat pulak ibu ketika melawat makam Rasulullah SAW semasa ziarah di Madinah hujung tahun 2009




Tepat di bawah kubah hijau inilah terletaknya termakamnya jasad Rasulullah SAW dan 2 orang khalifah iaitu Saidina Abu BakarAs-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khatab

















Sekian dulu, nanti jumpa pagi....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu

25 Februari, 2010

Edit Pic

Salam......












































Sekian dulu, nanti jumpa lagi.... InsyaAllah


Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.






24 Februari, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Salam.....





Ni citer hujung minggu yang lepas.



Bila budak-budak dah tak ada kat rumah ni, rasa tak berapa suka nak main masak-masak ni.



Tambah plak...... eemm......rumah tengah renovation .....barang-barang bersepah-sepah, alam sekeliling berdebu-debu.... tiba-tiba nak masuk dapur je terasa macam virus M ikut skali !!


Dalam berbekalkan virus m, siap gak akhirnya lauk makan tengahari tu!!!




Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.


21 Februari, 2010

Bertemu dan Berpisah

Salam......



Bertemu dan berpisah tu adat biasa. Selagi kita boleh bernafas, selagi itu adanya pertemuan demi pertemuan. Dan di takdirkan jodoh kita tak panjang...perpisahan pula akan menjelma.
Apalah ibu ni merepek.......
Kita terus pergi pada cerita sebenarnya....
Baru-baru ni ibu menghadiri hi-tea kerana one of the office mate ibu bakal berhenti. Jamuan hi-tea tu di laksana di restoran di tepi sungai Terengganu. Restorannya di tingkat 17. Waow!!!! Tingginya. Mula-mula tu rasa cam gayat je... Lama kelamaan ....suka plak dan sempat amik gambor !!!!

Jom kita layanzz je gambar....


Sempat posing dengan Kak Zie (di office)







Rojak buah paling bes


The Desert's










Dah makan yang manis-manis tu...jangan lupa minum ini......










Beberapa view yang cantik di snap dari Restoran Tingkat 17




































Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.





Lelong!!! Lelong!!! Lelong!!!

Salam......


Ada sebuah jam tangan, pelbagai fungsi, masih cantik, berjenama Seiko dan baru sahaja dimiliki oleh anak ibu ~ Ahmad Amir. Beliau bercadang untuk menjualnya kerana masih belum sempat memakainya lagi. Rupa dan keadaan jam adalah seperti adanya. Sila lihat beberapa foto di bawah. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah e-mail kepada ibu atau menelefon di nombor ini 019 - 9837754 dengan menyatakan harga yang mahu di bida.

















Sekian dulu, nanti jumpa lagi......InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

17 Februari, 2010

Dua Orang Budak

Salam.....


Ada dua orang budak.
Kedua-duanya perempuan belaka.
Kedua-duanya comel belaka.
Kedua-duanya cucu Hajjah Teh belaka.


Tapi.....


Satu jenis periang...
Asyik-asyik ketawa
Asyik-asyik menyanyi
Asyik-asyik bergurau senda



Yang satu lagi suka merajuk
Silap sikit merajuk
Lambat kasi makan sikit merajuk
Lambat kejut pun merajuk



Pada suatu hari...


Bergaduh dengan abang sendiri
Merajuk satu hari tak mau makan
Kesian ibu tengok dia...
Lantas ibu amik gambar dia
sedang merajuk tahap gaban



Nah tengok ni...



Kesian tak????


Ini budak periang dan ini budak suka merajuk



Periang nama Ainul Sofya
Merajuk nama Nurul Izzah
Kedua-dua nama cantik
Secantik orang nya.
Kedua-duanya anak buah ibu.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Cuti CNY Wak Gapo Weeii!!!!!!

Salam.....


Masa cuti-cuti CNY ari tu, ibu dan family dan family dan family..... amik kesempatan jalan-jalan. Tak jauh peginya .....dekat aje.....


Seawal pagi masing-masing dah kuar dari rumah. Berkompol di rumah "Haji Teh"(rumah Bondaku lah tu!!!). Lebih kurang jam 7.00 pagi baru le bertolak. Konvoi.....konvoi......


Sampai di satu tempat.......


Jeng.....


Jeng.....


Jeng.....




Nah bukak ni!!!!





Jemput Makan!!!!








Lepas tu...sambung balik konvoi. Setiap kete di bekalkan set woki toki, jadi senanglah bila ada je yang nak membuang hajat maka.....over sana...over sini ajelah.



Perjalanan di teruskan sehinggalah sampai ke destinasi. Mula mencari tempat untuk "landing". Setelah sekian lama meng hello sana....hello sini.... jumpa lah tempat untuk me"landing".



Nah....ni nama-nama bilik-bilik nya.


Pilih lah nak yang mana.......





Malamnya konvoi kuar nak mencari makan malam. Puas pusing-pusing bandar Kota Bharu, ya ampun!!!! punyalah banyaknya kete....macet ....macet....macet..... Tak lama lepas tu dapat satu kedai. Kira oklah. Kemudian tu konvoi nak ke destinasi ke dua pulak iaitu Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Tiba-tiba...... tak sempat sampai pun di bandar WCY kete dah mula terhensot-hensot. Banyok bebenor kete di jalanan. Apa nak buat!!! macet..... macet.... macet.... lagi!!




Last-last konvoi sekali lagi over sana.....over sini..... dan membuat keputusan untuk berpatah balik ke tempat landing. Masa tu jam baru kul 10.30 malam. Dengan muka yang hampa belaka sampai chalet aje..... terus zzzzzzzz. Kecuali ada seorang budak tu.......sempat mintak jasa baik kawan dia ....suruh bawak dia jalan-jalan. Dengar citer jam 4.00 pagi baru dapat sampai ke chalet.



Keesokan harinya....destinasi di teruskan...




Pekan Pengkalan Kubor yang menjadi destinasi idaman setiap suri-suri. Banyak sangat barang-barang yang dijual. Buah-buahan ..... pinggang mangkuk....periuk belanga.... bantal ...toto.... bunga...baju..banyak sangatlah nak di sebut (tiga hari tiga malam tak abis lagi). Ni sebahagian dari gambor yang sempat di snap untuk menjadi tatapan.












Setelah selesai bersoping moping.....singgah sekejap untuk menikmati ice blended Mocha. Sejukkan tekak yang dah kering dari tadi lagi.









Lebih kurang kul 3.00 petang....konvoi pun pulang. Singgah solat dan makan-makan je ....konvoi di teruskan lagi hingga tiba di rumah dengan selamatnya. Alhamdulillah.





Sekian dulu , nanti jumpa lagi.....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu







11 Februari, 2010

CNY

Salam.......



Happy CNY kepada pembaca blog ni (jika ada) dan semua rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Buddha. Ibu tahu ramai yang amik kesempatan untuk jenjalan sempena cuti yang panjang ni. Di sini kita dapat lam 4 hari iaitu bermula hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Senin. Di jalan raya tentu banyak sekali kete-kete pergi mari...pergi mari....ya. Pepepun kemana destinasi kita pastinya kita kena ingat pepatah BERHATI-HATI DIJALAN RAYA dan SAYANGILAH NYAWA ANDA sentiasa tersemat di dalam hati.


Sempena cuti ni.... blog ibu ni pun bercuti sama. Kita jumpa lagi di minggu depan. Di sini ibu tepek lagi.... ni CNY tak sah kalu tak ada.....




Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

10 Februari, 2010

Doa "POWER" Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkan aku dengan kesabaran yang tiada terbatas


Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatanya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya


Sekiranya.....
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka...
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah....
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu...
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya....
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan...
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
Keluar dari terus terlena


Ya Allah....
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan....
Bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri....
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlan aku petunjuk ke arah rahmat Mu


Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa RahmatMu...


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMU
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMU
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku....
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Alamin....

09 Februari, 2010

Al Kisah Di Satu Hari........

Salam......



Suatu Pagi.......



"Guane Ayoh Long dok mari lagi ni......skala masa ni sampai doh..."
"Ke dia dok sihat...tepong gok Wa......tanya
" Kata MIL



Tiba-tiba......


ring.....ring.......



"Assalamualaikum" Kata Ayoh Long



"Waalaikumussalam" Abang Awang sihat dok??? Kata BIL



"Aku sihat...ada kebun ni...tenguh cangkul2 tanah nge siram pokok, abis doh......abis doh..... Sambung Ayoh Long



"Abis mende pulak?" Kata BIL



"Ubi kayu....abis doh" Kata Ayoh Long



"Ubi kayu...bak pe ??? Kata BIL



"Abis doh..kene makang BABI" Kata Ayoh LOng



"Ooooo....tak dok rezeki lah tu!!!!...a...a.... Abang Awang....ni che tanya bak pe mung dok mari.....(Jenguk dia)" Kata BIL


(Che - panggilan kepada emak yang sama erti dengan mama, ibu atau ummi)



"Ooooo....kebetulan ada keje sikit.... maring balik rumah mok Dungun...." Kata Ayoh Long




bla......bla.......bla......




Suatu Petang...........





Wah!!!! Sonok nampak berbual-bual dengan mak dia......


Ibu pun amik kesempatan me round-round seluruh kawasn rumah. Dengan bertemankan bik Erna......nah!!!


Tengok ni...ibu tepek.....


Lanskap's





Orkid's





Bonsai's





Kawasan Kolam ikan


Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.






08 Februari, 2010

Hadiah Dan Cerita Tertangguh.......

Salam.....


Masih kah kau ingat?......


Dalam entri yang dulu-dulu.....ada ibu ceritakan pasal hadiah hari lahir ibu...

Nah ...kali ini ibu tepek lah gambar hadiah tuh!!!!

Birthday ibu 14 Januari....

Hadiah dapat 24 Januari....

Nama pun hadiah tertangguh.....




....dan......sebenarnya.....




scroll down








scrool down










scroll down








down








down








and tara.........



...nah amik kau........





Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

03 Februari, 2010

Resepi Paprik Ayam

Salam....


Kali ini ibu nak bagi resepi paprik ayam yang selalu dimasak di rumah. Resepi ini ringkas dan mudah je!!

Gambar tak ada. Nak cari dalam tenet line pulak slow hari ini. So Veli-veli coli ma.


BAHAN-BAHAN:

500 gm ayam (dipotong kecil dan goreng)
150 gm sos tomato
150 gm sos cili
100 gm sos tomyam
3 batang serai (hiris)
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 labu bawang besar (mayang)
7 tangkai cili padi
50 gm kacang panjang
50 gm jagung muda (belah dua)
50 gm tomato
100 gm bunga kobis
Daun ketumbar
Garam


CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tomyam dan tumis sehingga pecah minyak.

2. Masukkan serai, daun limau purut, cili merah, cili hijau, bawang besar, cili padi dan air limau nipis dan kacau rata.

3. Masukkan pula ayam, kacang panjang, jagung muda, tomato, bunga kobis dan gaul lagi.

4. Masukkan garam dan masukkan daun ketumbar, gaul rata. Angkat dan hidangkan.



Selamat Mencuba



Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Comel Dan Riang

Salam.....


Pada hujung minggu yang lepas, ibu berziarah ke rumah BIL di Kampung Mak Chili. Sedang seronok bercerita ceriti... datang pulak BIL yang lain bersama anak-anaknya.

Maka, ramailah bebudak berkompol sambil bermain dengan riangnya. Ibu-ibu budak pun suke juge melihat telatah budak-budak itu.

Di sini ibu nak tepek gambar budak-budak ni sedang seronok bermain di laman rumah BIL.
















Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.



Related Posts with Thumbnails