25 April, 2010

Hari Minggu

Salam....

Dah lama tak makan kacang tanah yang direbus sendiri. Kebetulan masa hubby pergi pasar pagi khamis ada seorang mak cik yang menjual kacang tanah mentah ni. Dia pun membelinya. Beli tak banyak mana cuma dua cupak sahaja. Cukup untuk makan anak beranak yang tinggal beberapa kerat ni. Balik terus dibasuh dan direndam semalaman. Pagi Jumaat tu lepas solat subuh ibu langsung ke dapur merebus kacang. Dalam satu jam siap dah!!





Selepas solat Jumaat, hubby suka beli ais krim pesyen lama ni. Sekarang ni susah nak dapat ais krim jenis ni. Tapi masa ibu kecik-kecik dulu inilah ais krim yang ada di pasaran. Sangat famouslah tu dengan pelbagai perasa. La ni cuma ada dijual di perkarangan Masjid Pasir Minal je, pulak tu hari jumaat je. Lain-lain hari tarak. So, boleh dikatakan setiap minggulah hubby belikan. Sekali beli tu cukuplah bekalan untuk satu minggu. Adli dan hubby sangat suka ais krim pesyen lama ni. Walaupun ada pelbagai perasa tapi yang paling menjadi pojaan hati ais krim asam masinlah. Petang ke Bukit Kuang hajat dihati nak tengok Karnival Juara Rakyat, tapi bila sampai di tapak tak jadi masuk. Nampak orang tak ramai mana yang datang. Tak meriah langsung!!! Terus balik.





Balik rumah ambik camera terus snap gambar ni:



Buah Durian Belanda yang hanya tunggu nak masak !!!



Buah Mempelam boleh dibuat sambal belacan, sapa nak meh lah....


Ini pulak gambar-gambar yang diambil pada hujung minggu lepas, saja nak tayang.



Bunga di belakang rumah


Ni bunga depan rumah, kalau ke sini mesti kena lalu bawah dia ala-ala pintu gerbang gitu



Ni tak tau bunga apa, pokok dia berduri-duri...bahaya!!


Hari Sabtu 24 April, 2010, ibu dengan hubby ke Kuala Terengganu ada kawan kahwin. Dalam perjalanan tiba-tiba Maklang Kerteh - Kak Harlina sms


Salam. Akak ada d library Kemaman. Meh join demo masak Kak Lieza.
Memang dah tau pun Chef celeb Kak Liza akan membuat demo masakan melalui iklan yang di buat oleh penganjur.


Terus ibu call kakak ibu yang juga tinggal di Kemaman, supaya mengadiri demo masakan tu. Jangan lepaskan peluang menyaksikan chef celeb kita beraksi. Pergi jangan tak pergi rugi kalau tak pergi. Bila balik siap beli buku resepi lagi. Berbaloi lah tu!!




Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

4 ulasan:

  1. Kalau kak Zai pergi belah utara selalu beli kacang tu kat R&R sedap....

    Cantiknya bunga2 yang berkembang ditaman.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Zai,

    Kacang tu memang sedap, tapi agak susah sikit nak cari di pasar, mungkin dia bermusim jugak lah.

    Bunga2 tu sekadar hobi sahaja.

    BalasPadam
  3. Buah Mempelam boleh dibuat sambal belacan, sapa nak meh lah....

    hohoho....tau2 Fa dah tunggu depan rumah akak. Hehehe...

    BalasPadam
  4. Salam Fa,

    Kalau Fa tak leh meh sini akak leh delivery....Cakap je kat mana umah Fa.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails