21 April, 2010

Masing-Masing Punya Hobi

Salam....










Ini antara hobi buruk yang ada pada ibu. Suka sangat ibu buat collection benda ini. MasyaAllah tak ku sedar selama ini. Ya Allah!! kau ampunkan dosa-dosaku. Terasa buruk sangat hobi ibu ni. Bila duk office ada je yang gatal-gatal tangan hulur katalog. Dah tu lepas baca katalog je langsung order. Sudahnya ginilah jadinya....susun dalam lemari jelah. Kalau nak tau ada lagi yang tak sempat snap tu... lagi satu rahsia...oppsssss ... hubby tak tau tu!!. Balik dari office terus simpan. Duk diam-diam dalam lemari. Ber`tapa'lah dikau di situ. Yang sebenarnya ibu ni memang lemah dengan godaan. Kat office ni, MACAM-MACAM ADA. Bak kata orang, mak bapak je yang tak ada. Kadang-kadang tu lebih dari pasar malam. Ramai sangat yang bercita-cita nak jadi jutawan. Antara barangan yang sangat pupular di beli ialah kain tudung, baju-baju termasuk baju sutera, alat solek, hand bag, selimut, cadar, kopi, telur itik, telur ayam kampung sampai ke kuih muih. Senang sesangat, kalau nak ORDER JE!!!. Rasa-rasa kat office lain ada tak macam ni?? Tolong jawab sikit......



Aik!!!! ni kenapa keluar gambar ni.....
Itu maknanya......
Itu membawa maksud......
Itu bererti......
KITA MINUM DULU.....



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...Insya Allah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.




3 ulasan:

  1. Dulu satu ketika kak Zai pernah jadi dealer tuperware,bila nak buat party terpaksalah stok bermacam2 bentuk akhirnya menimbunlah kat rumah.

    Dimana2 pun dah jadi trend opis,sekolah, rumah kerumah ada aje yang menggoda.

    BalasPadam
  2. eeee...dulu kini dan selamanya, Fa sukaaaaa tupperware!! Kat rumah pun bertimbun2 sampai kena letak kat belakang rumah sebab dah tak muat gerobok! hehehehe...dulu cantik tersusun berwarna warni, sekarang berterabur, bekas nya ada tudungnya ntah ke mana, tudungnya banyak, bekasnya illek. 10 years ago, Fa betul2 aktif, jual beribu2, bukan sebab nak jadi jutawan, tapi nak rebut hadiah...dapat hadiah macam2 pesyen, sekarang just belek2 katalog, still tergoda dengan pattern2 yg baru, tapi `takut' nak beli, nanti hubby jeling!

    BalasPadam
  3. Salam Kak Zai,

    oo...Kak zai pernah jadi dealer, tentu banyak koleksi yang cantik-cantik yang dibeli time offer kan..kan..kan..

    Salam Fa,

    Kalau dah jual beribu2 tu conpem dealer berjaya ni. Tahniah Fa!! Baravo...

    Macam tulah Fa la ni pun kalau tengok katalog still mengoda-goda.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails