11 April, 2010

Rezeki Kurniaan Allah Taala

Salam.....





Petang Jumaat lepas ibu dan hubby ke Binjai Souq. Dalam perjalanan singgah kebun di Pulau Tempurung sekejap. Masya Allah...terkejut betul....banyak sungguh bunga-bunga menjadi. Bukan bunga-bunga cinta tapi bunga-bunga durian dan duku. Insya Allah beberapa purnama lagi dapatlah hasilnya jika diizinkan Allah SWT. Harap-harap menjadilah sepeti tahun-tahun sudah.



Bunga-bunga durian.





Bunga-bunga Duku


Nanti bila menjadi, jemputlah ke kebun ibu ya, Kak Zai, Kak Erna, Cikgu Fa, Puan Silver, Mama Sue, Tuan Haji, K.Nor67, Maklang Kerteh dan sesiapa yang membaca blog ini. Jemput Semua . Boleh kita makan-makan buah fresh dari kebun. Suka terutama saat menunggu durian gugur.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

4 ulasan:

  1. insyaallah..ibu..dapat la ibu merasa buahnya..jika lekat sampai ke buah..kadang2 bila berbunga musim panas..ditimpa hujan..tak banyak buah yangjadi..bunga gugor..terutamanya durian..

    BalasPadam
  2. Salam Kak Erna,

    Betul apa yang akak kata tu...bila hujan kemudian panas, lepas tu hujan balik kemudian panas...banyak putik yang akan gugur. Harap2 adalah yang lekat tu!!!

    BalasPadam
  3. Eehhh... Ibu sayang jemput kak Zai datang kebun bestnya tak boleh nak bayangkan makan durian dengan suasana sejuk dirimbuni pokok2. Terima kasih banyak2 pasti datang ni.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Zai,

    InsyaAllah, kalaulah 'menjadi' buah-buah tu datanglah ya, boleh kita makan sambil gader2

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails