07 April, 2010

Masyaallah .....Rindunya....

Salam...


Tiba-tiba ibu terasa rindu pada tempat ini. Rindu untuk melihat Rumah Allah. Rindu untuk melihat Kaabah. Rindu untuk berdoa di hadapan Multazam. Rindu untuk bersolat di Masjidil Haram. Rindu nak buat umrah. Rindu nak Tawaf di Baitillah. Rindu nak bersa'i. Rindu pada air zam zam. Rindu nak bersedekah pada pekerja cleaner Masjidil Haram. Rindu....rindu...rindu... kesemuanya. Bilalah agaknya dapat ibu jejaki tempat ini lagi. Bilalah agaknya dapat ibu sampai ke tempat ini lagi. Bilalah agaknya dapat ibu melihat tempat ini lagi. Hanya doa ibu panjatkan. Hanya doa ibu harapkan. Biarlah rezeki selalu menghampiri ibu. Biarlah rezeki selalu bersama ibu. Semoga ibu dapat sampai lagi ke sana. Semoga ibu dapat lagi dijemput ke sana. Semoga ibu dapat lagi beribadah di sana.





Untuk menghilangkan sedikit rasa rindu tu, sebab ibu suka menziarah rumah kawan-kawan kita yang selalu menayangkan gambar-gambar di sana. Terutamanya rumah CL - PDKM, yang ibu tidak pernah miss dalam sehari tu kadang-kadang tu sampai 2 -3 kali. Dapatlah tengok perkembangan terbaru di Tanah Suci.


Rindu jugak pada kawan-kawan yang seangkatan. Bila lagi dapat berjumpa semula dengan mereka-mereka ini. Suka duka kita semasa disana dapat kita kongsikan bersama-sama. Banyak pengalaman indah telah kita sama-sama kutip dan perolehi di sana. Ibu banyak jugak dapat belajar dari mereka-mereka yang lebih tua, yang telah 2-3 kali ke sana. Alhamdulillah.




Semoga dengan meluahkan cerita ini dapatlah mengurangkan sedikit rasa rindu yang terkandung di hati ini.

rindu...rindu...rindu...
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.



3 ulasan:

  1. Kak Zai juga rindu pada tempat ni,last kak Zai pergi tahun 2006 bersama suami dan anak2 mengerjakan umrah. Niat hati naklah buat haji pula tapi belum ada panggilan. InsyaAllah kak zai sentiasa berdoa untuk dikabulkan.

    BalasPadam
  2. Kak Zai,

    Sama-samalah kita berdoa semoga di jemput untuk ke sana lagi. InsyaAllah Allah makbulkan doa hambanya yang ikhlas.

    BalasPadam
  3. ibusayang..insyaallah..jika ada keizinanya...pasti ibu akan sampai lagi kesana untuk meleraikan rindu ibu...doa ikhlas dari akak..doakan akak sama ye..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails