21 Disember, 2009

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 3}

Salam.

Hari ini ibu sambung cerita. Perjalanan dari Madinah ke Kota Makkah mengambil masa lebih kurang enam jam. Seawal lima pagi semua Jemaah di suruh bersiap sedia kerana bas sudah menanti di depan Hotel. Jadi kami semua bersolat Subuh berjemaah di Lobby Hotel sahaja. Malam tadi selepas solat Isyak, semua Jemaah telah melakukan Ziarah Widak @ Ziarah Selamat Tinggal di Masjid Nabawi.

Entah macam mana hati ibu ni rasa terharu sangat nak meninggalkan Kota ini. Di sepanjang perjalanan air mata ibu sentiasa mengalir terutama bila melihat Green Dome dari jauh. Sayu sangat-sangat. Tapi Alhamdulillah.......ibu paksakan diri kuatkan hati kerana perjalanan ibu ni lebih lagi penting iaitu untuk mengerjakan umrah pertama yang wajib bagi diri ibu.

Setelah sampai di Bir Ali iaitu lebih kurang 12 km perjalanana dari Madinah, semua jemaah turun untuk melakukan Solat sunat dan seterusnya berniat ihram umrah. Naik ke bas semula untuk menyambungkan perjalanan dan mulahlah bertalbiah...Labaikallah hu mala baik.....Labaikala syari kalaka baik.......sampai semua letih zzzzzzzz

Sampai di tengah perjalanan entah di mana....driver bas berhenti untuk makan dan bersolat Jamak Qosar Zohor dan Asar.


Suami ibu sedang enak menikmati beriani



Leih kurang jam 4.00 petang, maka sampailah di Kota Makkah. Hari hampir nak masuk Maghrib dah. Semua Jemaah di suruh bersolat di hotel saje. Ini adalah arahan dari Tabung Haji. Jangan ada sesiapa yang buat pandai. Bukan apa takut tersesat je.... Jam 8.00 malam nanti ada taklimat mengenai umrah yang akan kita laksanakan bersama Mutawif yang telah dilantik. Jadi semua Jemaah kena berada di bilik hotel masing-masing. Kurang lima minit jam 8.00 semua jemaah telah berada di Lobby untuk mendengar taklimat dan seterusnya berduyung-duyung berjalan ke masjidil Haram. Jarak hotel ibu dengan Masjidil Haram cuma 400 meter aje.

Bertalbiahlah beramai-ramai sehingga sampai di Babu Salam. Setelah membaca doa masuk, maka masuklah semua jemaah menuju ke kaabah untuk Tawaf. Setelah selesai 7 pusingan, maka beralihlah pula ke tempat Sa'i. Lalu bersa'ilah 7 kali ulang alik dari Safa ke Marwah. Suami ibu suka memijak batu-batu yang ada di Marwah. Sunat katanya kalau kita pijak batu ni!!!!!Selepas itu berguntinglah beberapa helai je rambut. Maka selesailah umrah ibu yang pertama.

Sempat bersolat di bawah betul-betul berhadapan kaabah


Masjidil Haram - masa mula-mula ibu sampai masih tiada Jemaah

Masjidil Haram - Selepas 2 hari sampai


Jabar Thur

Jabar Rahmah




Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails