22 Disember, 2009

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 6}

Salam.

Dalam kul 7.00 malam sampai di Arafah. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang menimba air yang bertakung. Dalam suasana malam yang gelap gulita di tambah dengan punca bekalan elektrik terputus...jemaah di iring ke khemah masing-masing. Sampai di khemah....ternyata karpet basah kuyup. Alhamdulillah...rahmat banyak tuh...


Maka semua tikar-tikar di hamparkan. Jadilah buat alas duduk-duduk dan baring-baring. Malam tu bukan orang tidur sangat. Kul 2.00 pagi ibu dah bangun. Beratur di tandas bukan main lama. Lebih kurang 1 jam barulah boleh selesai segala. Elektrik masih belum ada.Mujurlah ada torch light yang di bawa.


Keesokan harinya pagi-pagi lagi matahari dah kuar, hari panas skali sehinggakan karpet yang basah tiba-tiba kering dengan sekelip mata. bayangkan kalau di rumah kita 3 hari jemur pun masih lagi berbau. Bila tiba waktu hampir wukuf, semua jemaah bersiap sedia tuk solat Zohor dan Asar jamak tamam berjemaah, tiba-tiba ibu dapat merasa sesuatu....ya....sesuatu yang aneh sekali. Langit menjadi redup, pohon-pohon bergoyang perlahan, angin sepoi-sepoi bahasa, dan keadaan sunyi sepi sekali. Aneh sungguh. Pada masa tu para Malaikat sedang turun dari langit untuk menyambut doa-doa hamba Allah untuk di bawa ke langit. Ibadat wukuf adalah rukun, iaitu jika jemaah tertinggal maka hajinya tidak sah.


Selesai solat...memasing kyusuk memanjat doa...membaca al-Quran...berzikir...bertasbih...dll. sampai ke maghrib. Nanti lepas maghrib jemaah akan di hangkut ke Mudzlifah lak.


Waktu petang ...sebelum masuk maghrib sempat gak ibu jenjalan di sekitar khemah.










Sampai di Mudzlifah.....kena kutip 7 biji anak batu untuk di lontar di Jamrah Kubro keesokannya untuk membolehkan bertahlul awal.


Kelihatan jemaah sedang mengutip anak batu




Lepas berada satu pertiga malam di Bumi Mudzlifah..... maka jemaah berangkat ke Mina pulak. Di Mina jemaah bermabit 3 hari untuk menjalankan kerja-kerja melontar. Mabit dan ibadah melontar di Mina adalah wajib haji.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....Insyaallah

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails