21 Disember, 2009

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 5}

Salam....

Hari ini 8 Zulhijjah...semua Jemaah akan berangkat ke Arafah. Bak kata orang dolu-dolu hari haji dah tiba. Maka dari pagi lagi semua jemaah di arahkan tidak kemana-mana, semua duk dalam hotel ... tunggu announcement. Group by group akan di angkut dengan bas ke Arafah.

Hari ini pulak pepagi lagi langit di bumi berkat ni ~gelap gelemak~ (bak kata orang ganu). Langit yang sentiasa cerah dan panas yang amat sangat tiba-tiba mendung. Kota ni hujan 3 kali setahun je. Dalam kul 12 tengahari hujan mula turun dengan lebatnya sekali.

Dalam kul 4.00 petang mulalah group ibu berangkat. Bas dah ada di hadapan hotel. Sila naik bas ikut nombor yang telah diberi. Berita diterima....roger....karpet di Arafah semuanya basah kuyup....sabor je....Alhamdulillah pihak pengurusan sempat mengatasi. Jemaah di supplykan tikar plastik. Lupe nak amik gambar tikar.

Jom kita layan gambar ni.

Semua tak sabar nak ke Arafah


Kawan-kawan sebilik suami


Yang ni plak kawan-kawan sebilik ibu





Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails