22 Disember, 2009

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 8}

Salam...

Hari ini ibu nak cerita bab sedekah ikhlas. Di bumi berkat ni, segala amalan yang kita buat akan di ganda seratus ribu kali. Ini termasuklah amalan solat, berzikir, bersedekah dll. Tapi ingat segala amalan ikhlas kerana allah.....bukan kerna terpaksa....atau nak menunjuk-nunjuk....

Dalam perjalanan ibu ke Masjidil Haram, selalunya ibu melintasi kawasan lapang dimana banyak burung-burung liar makan sambil berborak-borak sesama dia. Kelihatan ada berapa perempuan habsyi yang dok menjual padi dan seumpamanya, mengharap belas jemaah yang lalu lalang untuk membelinya dan disedekahkan kepada burung-burung itu. Harga satu plastik padi SR1.00 je. Alhamdulilah.... ibu nampak ramai yang telah berbuat demikian.

Layan gambar ni.....









Harap-harap mereka yang telah ikhlas bersedekah kepada burung liar ini, akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails