21 Disember, 2009

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 4}

Salam.
Kota Mekah ni adalah tempat beramal ibadat. Tapi tak sah kalau Jemaah tak bersoping moping. Tengok saje di jalan raya dan di kedai-kedai tuh, penuh sesak dengan jemaah. Barangan kebanyakannya dari China (PRC), India dan kawasan sekitarnya. Sangat murah dan cantik-cantik belaka. Ibu ada soping gak. Tak banyak cuma untuk sendiri, anak-anak dan cenderahati untuk kawan-kawan dan sedara mara je. Jom kita layan gambar ni...









Sedang enak bersoping moping...kami didatangi oleh dua orang makcik yang tak dikenali. "Assalmualaikum Haji"
"Waalaikumusalam". Ada apa yang boleh saya bantu?
" Macam ni nak balik ke hotel tapi tak tau jalan"
"Sampai bila?"
"Malam tadi".
"Duk hotel mana?"
"Tak tau"
"Mana Name Tag yang Tabung Haji bagi"
"Ada sambil menghulur name tag. Ibu baca sambil mencari-cari mana nama hotel.
"Tapi nama hotel tak di tulis"
"Ari ni baru Tabung Haji nak bagi pelekat"
"La ...... pening jugak ni", macam mana nak tolong ni. Suami ibu dapat idea
"Tak apalah kita cuba hantar dia ke Hotel Janadriyah". Ini hotel Tabung Haji punya. Opis Tabung Haji pun ada kat situ, boleh kita tanya-tanya.
Jalan punya jalan dah nak dekat sampai Janadriyah pun.....cikit je lagi....tiba-tiba datang dua orang Pak Cik menyapa dua orang makcik tadi. Apa yang dia cakap pun kami langsung tak faham. Rupa-rupanya dua orang pak cik tu adalah ahli keluarga mak cik tu!!. Alhamdulillah mereka dipertemukan. Mereka orang Sabah. Cakap pekat Sabah sangat. kata pak cik tu... mereka risau dari tadi lagi....semua orang risau mak cik tu keluar hotel sebelum subuh lagi ke Masjidil Haram. Sehingga sekarang jam 10.00 pagi belum lagi pulang ke hotel.

Ini dia mak cik yang sesat jalan
Mak cik sesat bersama ahli keluarga masing-masing

maka kami serahkan mak cik kepada ahli keluarganya. Alhamdulillah semuanya selamat.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails