22 Disember, 2009

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 9}

Salam....


Hari ni, ibu nak cerita pasal balik. Balik ke mana ? Ke mana lagi.....ke Mesialah.
Besok malam lepas Isyak, semua dikenakan melakukan Tawaf Widak atau tawaf selamat tinggal kerana selepas itu bas akan terus berangkat ke Jeddah. Jadi memasing sibuk mengemas barang-barang supaya tidak ada yang tertinggal. Barang-barang akan di hangkut dengan lori, manakala Pak Haji dan Mak Haji dihangkut dengan bas. Untuk memudahkan semua bas akan berada di hadapan hotel, kerana selepas melakukan tawaf widak semua tidak dibenarkan lagi naik ke hotel, ini adalah arahan.


Ni cuba tengok beg-beg Pak Haji dan Mak Haji sebelum di angkat ke lori. Masa datang dulu tak banyak cam gini.













Ini baru satu flor aje, belum lihat lagi lain-lain flor. Cuba bayangkan.....


Lebih kurang jam 3.00 pagi, barulah bas betol-betol bertolak. Sampai di check point pertama.... naik seorang pak arab membawa bersama satu kotak besar. Oh.... rupanya nak membahagikan pek makanan dan air zam zam setiap orang untuk dibekalkan disepanjang perjalanan. Alhamdulillah... murah sungguh rezeki pak haji dan mak haji.

Jam 4.30 pagi sampai di Madinah Hujjah untuk menempatkan kami semua sebelum ke airport Jeddah keesokan harinya. Maka bermulalah aktiviti timbang menimbang barangan. Cukup mudah sekali. Dalam setengah jam aje selesai segalanya. Naik ke asrama berehat......

Jam 3.00 pagi terdengarlah announcement......semua Jemaah KT 14 dikehendaki turun ke bawah kerana akan bertolak ke airport. Maka berdoyong-doyonglah pak haji dan mak haji berebut naik bas. Bukan apa tak sabor lagi rasa nak jumpa anak-anak yang dah lama di tinggalkan. Rindu.......

Segala urusan di airport senang dan ringkas amat. Alhamdulillah.....

Naik flite......

Flite berlepas....

Selamat tinggal bumi berkat..... Insyaallah kami datang lagi mengunjungimu....

Flite mendarat di LTSM jam 11.30 malam waktu tempatan. Kelihatan anak-anak sedang menunggu rindu....rindu pada ibu dan ayah.....maka berpelukan lah kami anak beranak.

Gambor ada....tapi buruk sangat rupe. Al maklumlah duduk dalam flite 9 jam, mau tak buruk rupe kome.

Semoga perjalanan kami semua ke Tanah Suci di terima Allah dan mendapat Haji Mabrur. Amin.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah.
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails