31 Disember, 2009

Penn Endurance

Salam.....


Masa ibu dengan ayah tak ada itu hari....Penn Endurance dengan kerjasam Kerajaan Negeri Pahang sempat mengadakan Kejohanan Kuda Lasak bertempat di Cherating. Walau pun ibu tak pergi... tapi anak-anak ibu, Amir dan Adli sempat gak ambik gambar. Kesian mereka berdua tu bertugas secara part time. Owner Penn Endurance tu pak sedara dia, jadi setiap kali ada endurance tu seboklah bebudak tu tapi alhamdulillah.....berbaloi.... dapat RM.... leh wak belanjoo....

Ni antara kelab-kelab yang menyertai endurance tu......


















Ni starting point...



Yang ni kenderaan nak hangkut kuda......







Cooling time.......




Yang ni plak beratur masa nak start




Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.










29 Disember, 2009

Cantik Sangat!!!!!

Salam.....

Hari tu masa Amir pergi memancing di Kampung Cherating... dia ada amik gambar ni. Ibu tengok ok gak!!!!

Tak apalah ibu siarkan di sini untuk tatapan semua.















Cantikkan!!!!!
Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu






Putrajaya Dan Majlis Konvokesyen

Salam....

Sempena menghadiri Majlis Konvokesyen anakanda Ahmad Adli, ibu mengambil kesempatan melawat Putrajaya yang dah lama tak berkunjungan. Sempat jugak budak-budak ni berposing-posing.



Nama saya Ahmad Amiruddin.....( No. 2 )



Sayalah Ahmad Adli..... (No. 3)





Saya pulak Aisyah.....(No. 5)



Sebahagian gambar-gambar Putrajaya.








Ibu ucapkan Tahniah kepada Anakanda Ahmad Adli bin Che Azam kerana hari ini telah di anugerahkan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal Kelas Kedua Tinggi.


Tahniah.....Tahniah juga dari ahli koge....abang Pik, Mir, Ju dan juga Cah.



Anakanda Adli dan ayahnya tersenyum lebar selepas keluar dari Dewan Konvokesyen



Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Hari Keluarga Haji Teh

Salam....



Beberapa hari lepas bertempat di Pantai Cherating, keloga ibu especially keloga Haji Teh ada buat Hari Koge. Bukan apa, susah sangat nak kompol anak cucu Haji Teh ni. Memasing sibuk memanjang. Dapat kompol ramai-ramai ni.... best sekali...sempat gak adakan sedikit acara untuk suka-suka budak-budak....


Sawa (baju hijau) n Dean (baju merah) sedang sibuk memasang pancing mewakili koge Che Ngoh





Ni pulak Adli (baju oren) n ayah dia mewakili koge ayoh long acara memancing gak.





Ni kesemua budak-budak dalam acara mengutip anok ketam angin.



Ni...baby mama toyang (Namanya Ainul Sofya)





Ni gambar sebahagian anak cucu Haji Teh




Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

28 Disember, 2009

Makan Tengahari Bersama Bekas MB Ganu Kite

Salam....


Hari ini ibu ada lunch dengan bebudak opis di Ri-Y*z Pulau Duyung. Tiba-tiba datang seorang VIP untuk joint kita orang. Kalau nak tahu siapa VIP tu... nah lihat gambar ni....






Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

22 Disember, 2009

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 9}

Salam....


Hari ni, ibu nak cerita pasal balik. Balik ke mana ? Ke mana lagi.....ke Mesialah.
Besok malam lepas Isyak, semua dikenakan melakukan Tawaf Widak atau tawaf selamat tinggal kerana selepas itu bas akan terus berangkat ke Jeddah. Jadi memasing sibuk mengemas barang-barang supaya tidak ada yang tertinggal. Barang-barang akan di hangkut dengan lori, manakala Pak Haji dan Mak Haji dihangkut dengan bas. Untuk memudahkan semua bas akan berada di hadapan hotel, kerana selepas melakukan tawaf widak semua tidak dibenarkan lagi naik ke hotel, ini adalah arahan.


Ni cuba tengok beg-beg Pak Haji dan Mak Haji sebelum di angkat ke lori. Masa datang dulu tak banyak cam gini.













Ini baru satu flor aje, belum lihat lagi lain-lain flor. Cuba bayangkan.....


Lebih kurang jam 3.00 pagi, barulah bas betol-betol bertolak. Sampai di check point pertama.... naik seorang pak arab membawa bersama satu kotak besar. Oh.... rupanya nak membahagikan pek makanan dan air zam zam setiap orang untuk dibekalkan disepanjang perjalanan. Alhamdulillah... murah sungguh rezeki pak haji dan mak haji.

Jam 4.30 pagi sampai di Madinah Hujjah untuk menempatkan kami semua sebelum ke airport Jeddah keesokan harinya. Maka bermulalah aktiviti timbang menimbang barangan. Cukup mudah sekali. Dalam setengah jam aje selesai segalanya. Naik ke asrama berehat......

Jam 3.00 pagi terdengarlah announcement......semua Jemaah KT 14 dikehendaki turun ke bawah kerana akan bertolak ke airport. Maka berdoyong-doyonglah pak haji dan mak haji berebut naik bas. Bukan apa tak sabor lagi rasa nak jumpa anak-anak yang dah lama di tinggalkan. Rindu.......

Segala urusan di airport senang dan ringkas amat. Alhamdulillah.....

Naik flite......

Flite berlepas....

Selamat tinggal bumi berkat..... Insyaallah kami datang lagi mengunjungimu....

Flite mendarat di LTSM jam 11.30 malam waktu tempatan. Kelihatan anak-anak sedang menunggu rindu....rindu pada ibu dan ayah.....maka berpelukan lah kami anak beranak.

Gambor ada....tapi buruk sangat rupe. Al maklumlah duduk dalam flite 9 jam, mau tak buruk rupe kome.

Semoga perjalanan kami semua ke Tanah Suci di terima Allah dan mendapat Haji Mabrur. Amin.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah.
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 8}

Salam...

Hari ini ibu nak cerita bab sedekah ikhlas. Di bumi berkat ni, segala amalan yang kita buat akan di ganda seratus ribu kali. Ini termasuklah amalan solat, berzikir, bersedekah dll. Tapi ingat segala amalan ikhlas kerana allah.....bukan kerna terpaksa....atau nak menunjuk-nunjuk....

Dalam perjalanan ibu ke Masjidil Haram, selalunya ibu melintasi kawasan lapang dimana banyak burung-burung liar makan sambil berborak-borak sesama dia. Kelihatan ada berapa perempuan habsyi yang dok menjual padi dan seumpamanya, mengharap belas jemaah yang lalu lalang untuk membelinya dan disedekahkan kepada burung-burung itu. Harga satu plastik padi SR1.00 je. Alhamdulilah.... ibu nampak ramai yang telah berbuat demikian.

Layan gambar ni.....









Harap-harap mereka yang telah ikhlas bersedekah kepada burung liar ini, akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 7}

Salam....

Hari ini ibu tak bercerita

Jom kita layan gambar-gambar ini.



Dapur - Tempat menyediakan makanan untuk Maktab 78




Big Jamrat (Jamrah Kubro)


Di hadapan Terowong Muasin dimana jemaah mesti melalui terowong ini untuk sampai ke Jamrat.


Gambar di ambik dari dalam Big Jamrat



Kawan-kawan di Mina





Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah
Terima kasih mengunjungi rumah ibu.


Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 6}

Salam.

Dalam kul 7.00 malam sampai di Arafah. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang menimba air yang bertakung. Dalam suasana malam yang gelap gulita di tambah dengan punca bekalan elektrik terputus...jemaah di iring ke khemah masing-masing. Sampai di khemah....ternyata karpet basah kuyup. Alhamdulillah...rahmat banyak tuh...


Maka semua tikar-tikar di hamparkan. Jadilah buat alas duduk-duduk dan baring-baring. Malam tu bukan orang tidur sangat. Kul 2.00 pagi ibu dah bangun. Beratur di tandas bukan main lama. Lebih kurang 1 jam barulah boleh selesai segala. Elektrik masih belum ada.Mujurlah ada torch light yang di bawa.


Keesokan harinya pagi-pagi lagi matahari dah kuar, hari panas skali sehinggakan karpet yang basah tiba-tiba kering dengan sekelip mata. bayangkan kalau di rumah kita 3 hari jemur pun masih lagi berbau. Bila tiba waktu hampir wukuf, semua jemaah bersiap sedia tuk solat Zohor dan Asar jamak tamam berjemaah, tiba-tiba ibu dapat merasa sesuatu....ya....sesuatu yang aneh sekali. Langit menjadi redup, pohon-pohon bergoyang perlahan, angin sepoi-sepoi bahasa, dan keadaan sunyi sepi sekali. Aneh sungguh. Pada masa tu para Malaikat sedang turun dari langit untuk menyambut doa-doa hamba Allah untuk di bawa ke langit. Ibadat wukuf adalah rukun, iaitu jika jemaah tertinggal maka hajinya tidak sah.


Selesai solat...memasing kyusuk memanjat doa...membaca al-Quran...berzikir...bertasbih...dll. sampai ke maghrib. Nanti lepas maghrib jemaah akan di hangkut ke Mudzlifah lak.


Waktu petang ...sebelum masuk maghrib sempat gak ibu jenjalan di sekitar khemah.










Sampai di Mudzlifah.....kena kutip 7 biji anak batu untuk di lontar di Jamrah Kubro keesokannya untuk membolehkan bertahlul awal.


Kelihatan jemaah sedang mengutip anak batu




Lepas berada satu pertiga malam di Bumi Mudzlifah..... maka jemaah berangkat ke Mina pulak. Di Mina jemaah bermabit 3 hari untuk menjalankan kerja-kerja melontar. Mabit dan ibadah melontar di Mina adalah wajib haji.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....Insyaallah

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

21 Disember, 2009

Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 5}

Salam....

Hari ini 8 Zulhijjah...semua Jemaah akan berangkat ke Arafah. Bak kata orang dolu-dolu hari haji dah tiba. Maka dari pagi lagi semua jemaah di arahkan tidak kemana-mana, semua duk dalam hotel ... tunggu announcement. Group by group akan di angkut dengan bas ke Arafah.

Hari ini pulak pepagi lagi langit di bumi berkat ni ~gelap gelemak~ (bak kata orang ganu). Langit yang sentiasa cerah dan panas yang amat sangat tiba-tiba mendung. Kota ni hujan 3 kali setahun je. Dalam kul 12 tengahari hujan mula turun dengan lebatnya sekali.

Dalam kul 4.00 petang mulalah group ibu berangkat. Bas dah ada di hadapan hotel. Sila naik bas ikut nombor yang telah diberi. Berita diterima....roger....karpet di Arafah semuanya basah kuyup....sabor je....Alhamdulillah pihak pengurusan sempat mengatasi. Jemaah di supplykan tikar plastik. Lupe nak amik gambar tikar.

Jom kita layan gambar ni.

Semua tak sabar nak ke Arafah


Kawan-kawan sebilik suami


Yang ni plak kawan-kawan sebilik ibu





Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.


Kisah Haji Pertama ~ 2009 {Part 4}

Salam.
Kota Mekah ni adalah tempat beramal ibadat. Tapi tak sah kalau Jemaah tak bersoping moping. Tengok saje di jalan raya dan di kedai-kedai tuh, penuh sesak dengan jemaah. Barangan kebanyakannya dari China (PRC), India dan kawasan sekitarnya. Sangat murah dan cantik-cantik belaka. Ibu ada soping gak. Tak banyak cuma untuk sendiri, anak-anak dan cenderahati untuk kawan-kawan dan sedara mara je. Jom kita layan gambar ni...









Sedang enak bersoping moping...kami didatangi oleh dua orang makcik yang tak dikenali. "Assalmualaikum Haji"
"Waalaikumusalam". Ada apa yang boleh saya bantu?
" Macam ni nak balik ke hotel tapi tak tau jalan"
"Sampai bila?"
"Malam tadi".
"Duk hotel mana?"
"Tak tau"
"Mana Name Tag yang Tabung Haji bagi"
"Ada sambil menghulur name tag. Ibu baca sambil mencari-cari mana nama hotel.
"Tapi nama hotel tak di tulis"
"Ari ni baru Tabung Haji nak bagi pelekat"
"La ...... pening jugak ni", macam mana nak tolong ni. Suami ibu dapat idea
"Tak apalah kita cuba hantar dia ke Hotel Janadriyah". Ini hotel Tabung Haji punya. Opis Tabung Haji pun ada kat situ, boleh kita tanya-tanya.
Jalan punya jalan dah nak dekat sampai Janadriyah pun.....cikit je lagi....tiba-tiba datang dua orang Pak Cik menyapa dua orang makcik tadi. Apa yang dia cakap pun kami langsung tak faham. Rupa-rupanya dua orang pak cik tu adalah ahli keluarga mak cik tu!!. Alhamdulillah mereka dipertemukan. Mereka orang Sabah. Cakap pekat Sabah sangat. kata pak cik tu... mereka risau dari tadi lagi....semua orang risau mak cik tu keluar hotel sebelum subuh lagi ke Masjidil Haram. Sehingga sekarang jam 10.00 pagi belum lagi pulang ke hotel.

Ini dia mak cik yang sesat jalan
Mak cik sesat bersama ahli keluarga masing-masing

maka kami serahkan mak cik kepada ahli keluarganya. Alhamdulillah semuanya selamat.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
Related Posts with Thumbnails